Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

416 buah Sekolah sahaja yang dikategori daif

7:30pm 26/02/2016 Ann Vivien 31 views Pendidikan,Tempatan
Datuk Jame Alip

Datuk Jame Alip

KENINGAU: Sejumlah 416 buah Sekolah sahaja yang dikategori daif di negeri ini yang dikenalpasti untuk pembinaan bangunan gantian penuh  menggunakan kaedah Sistem Bangunan Industri (IBS) berikutan kos pembinaannya yang lebih menjimatkan, tahan lama  dan mudah disiapkan demikian dinyatakan Pengarah pendidikan Sabah Datuk Jame Alip.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas laporan sebuah akhbar nasional semalam sebagai kesilapan fakta dimana jumlah sebenar sekolah daif bukannya seperti yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan.

” Saya membentulkan kenyataan itu bahawa bilangan sekolah daif yang terlibat dalam kaedah gantian penuh itu bukannya 1,072 buah sekolah  ,itu adalah bilangan sekolah rendah di negeri ini” katanya selepas memberi amanat kepada warga pendidikan sempena Majlis Jerayawara Pengarah Zon Pedalaman dekat sini.

Pada masa sama , Jame berkata ini termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabongan Pitas yang sedang dalam  pembinaan bermula tahun lalu kiniberjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.Dalam perkembangan berkaitan, Jame juga memaklumkan  bahawa cadangan pembinaan Sekolah Menengah Sains di Keningau baru mendapat kelulusan kerajaan untuk dilaksanakan dalam rancangan Malaysia ke-11 dandijangka akan memulakan pembinaannya dalam tahun ini dan dijangka siap menjelang tahun depan.

” Sekolah Menengah Sains Keningau baru mendapat kelulusan dalam RMKke-11 ini dan ini akan memacu kecermerlangan pendidikan di negeri ini khususnya di luar bandar untuk menikmati kemudahan pendidikan yang mencukupi serta mampu bersaing untuk memartabatkan pembangunan pendidikan di negara ini”katanya.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan