Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

41 PTI Ditahan

pti

KOTA KINABALU: Seramai 41 pendatang tanpa izin (PTI) termasuk empat orang yang didapati positif dadah jenis syabu ditahan dalam Ops Nyah Sabah Bersepadu yang dijalankan di penempatan setinggan di Kampung Teluk Laya Likas, di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, operasi berkenaan melibatkan penangkapan seramai 14 lelaki, 16 perempuan serta 11 kanak-kanak iaitu tiga lelaki dan lapan perempuan.

Menurutnya, semua yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah melibatkan lingkungan umur satu hingga 54 tahun.

“Serbuan yang dijalankan bermula jam 11 malam hingga 4 pagi itu berhampiran dengan kawasan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita mendapati sebanyak 53 rumah didirikan di kawasan berkenaan iaitu 26 rumah didiami oleh PTI manakala 25 rumah lagi milik warga tempatan sementara dua buah rumah ditinggalkan tanpa penghuni,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas ditemui sempena Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini kelmarin.

Chandra berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Imigresen dan Rela.

Sementara itu jelasnya, 26 rumah yang didiami PTI itu akan dirobohkan dan rumah milik warga tempatan berkenaan akan diberi notis dari DBKK supaya dikosongkan dalam tempoh 14 hari.

Komen


Berita Berkaitan