Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

41 pelajar SMV Labuan bertemu semula

Bekas pelajar SMV Labuan menyambut hari lahir bersama. - foto Monica Gidong
Bekas pelajar SMV Labuan menyambut hari lahir bersama. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Seramai 41 bekas penuntut Sekolah Menengah Vokasional Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 1993 – 1995 menghadiri majlis makan malam di The Palace Hotel, di sini, semalam.

Kesemua bekas penuntut itu terdiri daripada gabungan kelas  Kursus Kimpalan Fabrikasi Logam, Automotive, Amalan Bengkel Mesin, Binaan Bangunan, Elektrik, Elektronik, Pengurusan Simpan Kira dan Pengurusan Pejabat.

Ada di antara mereka tidak pernah bertemu selama 20 tahun selepas meninggalkan alam persekolahan  dan membawa haluan masing-masing, namun teknologi yang canggih pada zaman ini melalui Facebook dan aplikasi Whatapps telah berjaya menyatukan mereka semula.

Walaupun tidak semua bekas penuntut  dapat meyertai majlis pertemuan semula ini, namun pertemuan singkat ini memberi  makna yang istimewa dan berjaya mengeratkan lagi ikatan persahabatan mereka semua.

Selain dari acara Karaoke, Tukar-Tukar Hadiah dan Cabutan Bertuah, salah satu acara yang menarik perhatian pada malam itu ialah acara tukar-tukar t-shirt yang mana kesemua bekas pelajar ini mesti mencari pemilik t-shirt yang sebenar seperti mana yang tertera pada tshirt tersebut, t-shirt ini adalah sebagai tanda kenangan dan hadiah percuma untuk semua yang hadir. Sebagai kejutan, sambutan Hari Jadi juga diraikan untuk mereka yang menyambut hari jadi pada bulan Januari – March 2015. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan