Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

41 PATI Warga Filipina Ditahan Dalam Operasi Polis Di Kota Kinabalu

pati
gambar hiasan

KOTA KINABALU : Polis menahan 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dalam operasi bersepadu di empat lokasi kawasan setinggan sekitar Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata kesemua yang ditahan itu hasil daripada 81 individu yang diperiksa dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 2 pagi di empat lokasi setinggan iaitu Karambunai, Alamesra, Sembulan dan Karamunsing.

“Polis turut menahan lima individu lelaki yang didapati positif ujian air kencing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata semua tahanan dibawa ke ibu pejabat daerah Kota Kinabalu untuk didokumentasi oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.

Katanya hasil tangkapan akan dibawa ke Lokap Berpusat untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya.

Menurutnya, operasi yang berakhir pukul 9 pagi itu diketuai tiga pegawai bersama 138 anggota termasuk daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pasukan RELA dan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB).

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan