Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

41 kawasan dikenalpasti sertai program Help Tuisyen MARA

Razak Sakaran (dua dari kanan) ketika menyerahkan beg dan bantuan persekolahan kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut.
Razak Sakaran (dua dari kanan) ketika menyerahkan beg dan bantuan persekolahan kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut.

SEMPORNA – Bagi meringankan beban Kementerian Pendidikan dalam membangunkan masyarakat, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Help Tuisyen kepada sekolah-sekolah yang memerlukan di seluruh negara.

Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Razak Sakaran berkata, menerusi bantuan tersebut sebanyak 41 kawasan Parlimen yang sudah dikenal pasti diseluruh negara akan diberikan bantuan.

Menurutnya, selain bantuan tersebut MARA melalu Yayasan Pelajaran MARA (YPM) turut memberikan bantuan persekolahan kepada pelajar yang kurang berkemampuan bagi memastikan negara dapat melahirkan masyarakat berilmu.

“Bantuan seperti ini penting agar masyarakat membebaskan diri daripada kepompong kemiskinan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 150 pelajar di Dewan Serbaguna Kampung Bubul Batu Dua , Semporna di sini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan