Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

405 Calon UPSR mendapat A dalam semua mata pelajaran

3:01pm 18/11/2015 Leolerry Lajius 133 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Seramai 405 orang calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh daerah Kota Kinabalu berjaya mencatat pencapaian peringkat A bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Keputusan ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai penyumbang utama kepada kecemerlangan keputusan UPSR seluruh negeri Sabah.

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Haji Bad Hamid  Haji Musli berkata, secara keseluruhannya seramai 3,440 daripada 5,889 orang pelajar telah berjaya mencatat sekurang-kurangnya pencapaian peringkat C bagi UPSR tahun ini.

“Dari segi kualiti Gred Purata Daerah (GPD) keputusan pada kali ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.06 daripada 2.42 tahun sebelumya kepada 2.48 tahun ini,” katanya.

Tambah beliau sebanyak empat buah sekolah di daerah ini telah berjaya menduduki antara 10 sekolah keputusan UPSR terbaik negeri Sabah iaitu Sk. Sri Gaya di tempat kedua, SK. St.Agnes di tempat keempat, Sk. St. Francis Convent di tempat keenam dan SK. Tanjung Aru II di tepat kesembilan.

Daripada 67 pusat peperiksaan di seluruh Kota Kinabalu tiga daripadanya telah mencapai 100 peratus lulus iaitu Sekolah Kebangsaan Babagon Toki, Sekolah Kebangsaan Talungan dan Sekolah Kebangsaan Ruminding.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Haji Bad Hamid ketika sidang media pencapaian UPSR 2015 di Sk Tanjung Aru II

Haji Bad Hamid ketika sidang media pencapaian UPSR 2015 di Sk Tanjung Aru II

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan