Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

400 orang sertai acara berbasikal DBKK

Louis RampasKOTA KINABALU: Seramai 400 orang yang terdiri dari kakitangan jabatan kerajaan dan sektor swasta, pelajar serta persatuan kelab basikal dari seluruh negeri menyertai acara berbasikal ‘KK City Healthy Fun Ride’ sejauh 10 kilometer yang diadakan di sini hari ini.

Para peserta memulakan acara berbasikal itu pada jam 8.30 pagi di bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui laluan Jalan Tugu, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tuaran, Kompleks Sukan Likas, Jalan Istiadat, Jalan Tun Fuad Stephens, KK By Pass sebelum kembali semula ke bangunan DBKK untuk menamatkan kayuhan.

Ketua Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai (gambar) berkata, objektif utama acara berbasikal ini diadakan adalah bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengamalan gaya hidup sihat seharian melalui aktiviti berbasikal.

“Acara ini sepatutnya dijadualkan diadakan pada 30 Disember lepas sempena sambutan Tahun Baru 2015, namun terpaksa ditunda  ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata bahawa berikutan sambutan menggalakan daripada orang ramai, DBKK bercadang untuk menjadikan ia sebagai salah satu acara tahunan.

“Pihak DBKK juga bercadang untuk mengadakan lagi aktiviti seperti ini pada Februari depan sempena sambutan Hari Bandaraya KK,” tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana menghulurkan sumbangan peruntukan untuk menjayakan acara tersebut.

Katanya, cadangan untuk menganjurkan aktiviti sihat tersebut adalah daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan.

Acara yang bertemakan “Sihat dan Cergas Sepanjang Hayat” berkenaan dianjurkan oleh Pasukan Berbasikal DBKK dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Biro Tatanegara (BTN) negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pertubuhan Radio Amatur Sabah (SARS).

Bagi memeriahkan lagi acara tersebut, setiap peserta yang berjaya menamatkan kayuhan berpeluang untuk memenangi cabutan tiket bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

AMAL GAYA HIDUP SIHAT... Boon Hai bersama-sama Speaker DUN, Datuk Seri Salleh Said dan Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah, Datuk Louis Rampas serta tetamu lain mengangkat tangan sebagai simbolik menyokong acara berbasikal tersebut. - foto Jimmy Tan / SayangSabah
AMAL GAYA HIDUP SIHAT… Datuk Yeo Boon Hai bersama-sama Speaker DUN, Datuk Seri Salleh Said dan Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah, Datuk Louis Rampas serta tetamu lain mengangkat tangan sebagai tanda sokongan kepada acara berbasikal tersebut. – foto Jimmy Tan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan