Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

400 orang dijangka sertai Larian Merdeka Run De Sahabat 2017

2:24pm 19/05/2017 Elezebeth Esther Onjining 134 views Lahad Datu,Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan

ANTARA peserta larian ‘Merdeka Run De Sahabat ‘ 2016.

Lahad Datu : Seramai lebih 400 peserta dari seluruh Sabah dijangka akan menyertai program larian ‘Merdeka Run De Sahabat 2017’ yang akan berlangsung di perkarangan Dewan Semai Bakti Sahabat 3 Desa Kencana 10 September depan.

Ketua Penyelaras Program Yandy Merika berkata, program kali kedua yang diadakan itu adalah bagi menyerikan sambutan Hari Kemerdekaan 2017 dan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun.

“Program anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Sahabat 16 Lahad Datu ini adalah membabitkan larian sejauh 10 kilometer dan melalui beberapa kawasan perkampungan di Felda Sahabat Desa Kencana.

“Selain itu, sebanyak enam kategori turut dipertandingkan dan dijangka kategori terbuka antarabangsa juga akan diperkenalkan jika mendapat sambutan ramai,”katanya ketika ditemui kelmarin.

Yandy berkata, antara kategori dipertandingkan adalah lelaki dan perempuan terbuka 19 tahun keatas; lelaki dan perempuan remaja 12 Tahun Ke atas dan lelaki dan perempuan Veteran 40 Tahun Ke atas.

“Antara objektif penganjuran larian ini adalah bagi mempromosikan Felda Sahabat sebagai tempat atau lokasi larian yang popular di Sabah,”katanya.

Selain itu katanya, program itu juga adalah bagi mencungkil bakat baru dalam acara larian jarak sederhana selain mengeratkan tali silaturahim antara pelari di Sabah.

Sementara itu, Yandy berkata, program pelepasan peserta akan disempurnakan oleh Guru Besar SK Sahabat 16 Jannah Madullah manakala penutupan disempurnakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam Mizma Apphedullah.

“Pendaftaran Merdeka Run De Sahabat  2017 ini sudah mula dilancarkan selepas Perasmian Sambutan Hari Guru Sk Sahabat 16 16 Mei yang lalu.

“Bagi yang ingin mendaftar untuk menyertai bolehlah menghubungi talian 0198033390 (Yandy) atau 0198037599 (saberi) dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 Julai ini,”katanya.

Terdahulu, pemenang larian akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 (Johan); Naib Johan (RM700) Ketiga (RM500) dan tempat keempat hingga sepuluh masing-masing menerima RM100.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi Penganjur Sumidi Sumardi berkata, pihaknya juga ingin memaklumkan orang ramai bahawa Felda Sahabat sebuah lokasi yang aman dan damai.

“Justeru bagi pihak penganjur kita mempelawa kepada semua penggemar sukan larian untuk turut serta pada program larian ini,”katanya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan