Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

400 murid terima bantuan `Kembali Ke Sekolah’

Musa Aman (tengah, bertopi merah) bersama warga SK Merpati bergambar kenangan selepas majlis penyampaian bantuan `Kembali Ke Sekolah'. - foto JKM
Musa Aman (tengah, bertopi merah) bersama warga SK Merpati bergambar kenangan selepas majlis penyampaian bantuan `Kembali Ke Sekolah’. – foto JKM

SANDAKAN – Kira-kira 400 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati menerima bantuan dalam program `Kembali Ke Sekolah’ anjuran Biro Pendidikan UMNO Bahagian Libaran yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada penuntut di kawasan Libaran yang meraih pencapaian cemerlang 5A dan 4A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

Musa Aman (tengah) menyampaikan beg sekolah, kepada seorang murid SK Merpati dalam program `Kembali Ke Sekolah'. - foto JKM
Musa Aman (tengah) menyampaikan beg sekolah, kepada seorang murid SK Merpati dalam program `Kembali Ke Sekolah’. – foto JKM

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Charles O’Pang; Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk James Wong; Pegawai Pendidikan Daerah, Shariff Mahada; Guru Besar SK Merpati, Aminah Ahmad dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Firdaus Abdullah serta Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Libaran, Salzo Asa. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan