Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

400 anggota PGA Sarawak bantu kawal ESSCOM

400 PGA Sarawak

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak hari ini menghantar 200 lagi anggota bagi membantu usaha menjaga keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), menjadikan jumlahnya kini 400 anggota.

Komander PGA Briged Sarawak, Datuk Isa Munir, berkata semua anggota itu akan bertugas untuk tempoh dua bulan sebelum mereka diganti dengan anggota lain.

Beliau berkata, dua hari lepas 200 anggota PGA daripada Batalion 11 PGA pulang daripada tugasan di Sabah, dan mereka sudah diganti dengan anggota daripada Batalion 12.

“Hari ini 200 lagi anggota dari Batalion 10 PGA berlepas ke Sabah untuk membantu, sementara itu penugasan kita di sini (Sarawak) tidak terjejas kerana ada sembilan kompeni di sini,” katanya dalam persidangan media di sini hari ini.

Katanya, anggota PGA Sarawak mula ditugaskan membantu menjaga keselamatan di Sabah sejak awal tahun lepas.

Sementara itu, Isa berkata berikutan kebimbangan ramai tentang kewujudan senjata api tiruan dan senjata api buatan sendiri dalam negara yang banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini, pihaknya meningkatkan lagi risikan dan intipan di sempadan Sarawak.

Beliau berkata, hasilnya petang semalam anggota PGA menahan seorang lelaki Indonesia dan merampas dua pucuk senapang angin yang cuba dibawa masuk ke dalam negara menerusi kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tebedu, kira-kira 80km dari sini.

“Turut dirampas daripada lelaki berumur 37 tahun itu adalah sebuah kereta Proton yang dinaikinya dan dua pallet peluru, tiga telefon bimbit, 24 keping kad prabayar telefon, wang tunai 11,722,000 rupiah dan RM204,” katanya.

Isa berkata, senapang angin itu boleh didapati dengan mudah di negara jiran kerana dijual secara terbuka, tetapi tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam negara tanpa lesen.

Komen


Berita Berkaitan