Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

40 Sekolah Daif Di Sabah Dibaikpulih Guna IBS – Mahdzir

7:35pm 14/05/2016 Pak Roshan 406 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

sekolah

KOTA KINABALU : Sekolah daif di Sabah bakal dibaikpulih menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang dijangka dilaksanakan mulai Jun tahun ini, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata, untuk itu, sebagai permulaan, kementerian akan mengenalpasti kira-kira 40 sekolah daif.

Katanya, Jabatan Pendidikan negeri akan memilih sekolah-sekolah tertentu mengikut keutamaan berdasarkan kerosakan yang dialami.

“Kontraktor (akan mengambil tempoh) dalam lapan minggu untuk menyiapkan satu-satu bangunan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis ‘Sepetang Bersama Menteri Pendidikan’ yang dihadiri oleh pegawai kanan Kementerian Pendidikan dan pengarah pendidikan seluruh negara di sini, Sabtu.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata program membaik pulih sekolah daif itu juga turut dilaksanakan di Sarawak.

“Kaedah IBS ini juga dibuat di Sarawak bermula dengan 40 sekolah, yang mana lapan sekolah sudah hampir siap,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan