Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

40 rumah tanpa kelulusan diroboh

ANTARA rumah yang diroboh ketika operasi itu. FOTO Mohd Adam Arinin
ANTARA rumah yang diroboh ketika operasi itu. FOTO Mohd Adam Arinin

Kota Kinabalu: Lebih 40 rumah di Kampung Sembulan Lama dirobohkan dalam satu operasi bersepadu, di sini, pagi tadi.

Operasi merobohan struktur rumah tanpa kelulusan yang diketuai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu turut dibantu agensi penguatkuasa dan jabatan kerajaan yang lain.

Antara agensi terbabit seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan, Jabatan Air dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata, operasi yang dijalankan adalah hasil aduan daripada masyarakat setempat selain mendapati terdapat individu yang tidak dikenali mendiami perkampungan terbabit.

“Pihak kita sebelum ini sudah memberi notis amaran untuk mengosongkan premis bangunan namun sehingga hari ini masih terdapat individu yang degil untuk berpindah keluar,” katanya. – myMetro Online

ANTARA rumah yang diroboh ketika operasi itu. FOTO Mohd Adam Arinin

ANTARA rumah yang diroboh ketika operasi itu. FOTO Mohd Adam Arinin

ANTARA rumah yang diroboh ketika operasi itu. FOTO Mohd Adam Arinin
ANTARA rumah yang diroboh ketika operasi itu. FOTO Mohd Adam Arinin

Komen


Berita Berkaitan