Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

40 PTI ditahan dalam OP Nyah Bersepdu

8:39pm 24/01/2016 Leolerry Lajius 426 views Jenayah,Tempatan
Antara individu yang ditahan.

Antara individu yang ditahan.

KOTA KINABALU: Seramai 40 orang Pendatang Tanpa Izin (PTI) ditangkap dan seramai 9 orang pesalah narkotik yang di tahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ketika OP Nyah Bersepadu IPD Kota Kinabalu.

Operasi yang memakan masa selama 10 jam itu melibatkan tiga orang pegawai dan 131 anggota dan dibuat di lima lokasi kawasan rumah setinggan di Lembaga Padi, Plaza Juta Likas, Batu 7 Jalan Tuaran, hadapan Pekan Telipok dan Sembulan Lama dan di dua  lokasi tapak pembinaan di hadapan Likas Square dan tapak pembinaan mahkamah di bulatan Nenas.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, kesemua tangkapan dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu setelah didokumentasi dan dibuat ujian saringan air kencing di IPD Kota Kinabalu.

“Tumpuan lokasi operasi kali ini adalah kepada penempatan yang mempunyai sarang penagih dadah dan rumah-rumah setinggan yang didirikan secara tidak sah dan operasi perobohan rumah oleh pihak DBKK dan operasi pemotongan sambungan eletrik oleh pihak SESB akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,”katanya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan