Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

40 PEMILIK BOT BERENJIN SERTAI SUKAN AIR

Rijahan (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Rijahan (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

TUARAN -Seramai 40 pemilik bot berenjin dan perahu menyertai Sukan Air anjuran Pemuda Umno Tuaran dan Belia Kampung Mengkabong sempena sambutan Aidilfitri di kampung itu baru-baru ini.

Acara itu dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Umno Tuaran, Rijahan Hj Aliaprah dan turut dimeriahkan dengan kehadiran 400 orang penduduk kampung Mengkabong dan sekitarnya.

Beliau berkata acara yang diadakan tahun ketiga berturut-turut sempen Aidilfitri bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan persefahaman di kalangan masyarakat.

Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai pengukuh hubungan silaturrahim antara golongan tua dan muda sempena sambutan Aidilfitri ,” katanya 

Katanya, acara itu tidak hanya pada sukan laut tetapi perlu diperluaskan kepada aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada penduduk kampung. Monica Gidong / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan