Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

40 pelajar terima bantuan PERKOBF

Yacob  bersama jawatankuasa PERKOBF Tawau dan para penerima sumbangan pada majlis tersebut.
Yacob bersama jawatankuasa PERKOBF Tawau dan para penerima sumbangan pada majlis tersebut.

TAWAU: Seramai 40 orang pelajar Kelas Kafa di Kg Serudung dekat Balung menerima bantuan daripada Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Cawangan Tawau yang disampaikan Pengerusinya,  Yacob Ajak serta ahli jawatankuasa beliau.

Menurutnya, sumbangan berbentuk makanan tersebut adalah untuk menceriakan para pelajar agama, khususnya di kawasan luar bandar, selain sebagai kerja amal persatuan berkenaan.

“Kita berharap sumbangan ini dapat memberikan sinar kegembiraan kepada para pelajar luar bandar dan menggalakkan lebih ramai kalangan mereka menekankan aspek pendidikan agama,” katanya.

Tambahnya, usaha melaksanakan program itu juga adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka demi agama, bangsa dan negara.

Terdahulu, PERKOBF pada majlis sama turut menyumbangkan beberapa kelengkapan masjid untuk kegunaan penduduk yang melaksanakan ibadah di kampung berkenaan.-Alanna Adam/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan