Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

40 pelajar cemerlang SPM Sabah terima tajaan Petronas

5:28pm 09/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 505 views Tempatan
Penganugerahan Sijil kepada pengetua Program Sekolah Amanah

Penganugerahan Sijil kepada pengetua Program Sekolah Amanah

KOTA KINABALU- Seramai 40 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri ini menerima biasiswa dan tajaan Petronas menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP).
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, kerajaan negeri sentiasa mengalu- alukan inisiatif Petronas yang terus komited dan konsisten dalam memikul tanggungjawab sebagai warga korporat yang prihatin dengan menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya.
Antaranya menerusi tajaan lima buah Sekolah Amanah (Trust Schools) di kawasan Kimanis dengan kerjasama Yayasan Amir.
Penganugerahan Sijil kepada pelajar Program BUDI

Penganugerahan Sijil kepada pelajar Program BUDI

“Dalam usaha untuk memajukan negeri dalam pelbagai bidang terutama memperkasa aspek modal insan dan pendidikan, saya gembira kerana banyak pihak tampil termasuklah sektor korporat untuk bersama- sama kerajaan menjayakan matlamat ini,”katanya semasa berucap sempena majlis penyampaian anugerah program tajaan pendidikan Petronas 2016, disini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Exco Pendidikan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Musa turut menasihati para penerima biasiswa itu agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan peluang yang diberikan dengan belajar bersungguh- sungguh dengan lebih tekun dan gigih.
“Jadikan anugerah ini sebagai pencetus semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di peringkat pengajian. Dalam pada masa yang sama, semoga anugerah ini menjadi motivasi dan contoh teladan kepada pelajar yang lain untuk menjejaki kejayaan para penerima anugerah pada hari ini,” ujarnya.
Penganugerahan Sijil kepada pelajar Program Vista

Penganugerahan Sijil kepada pelajar Program Vista

Hadir sama, Pengerusi Petronas, Tan Sri Sidek Hassan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Datuk Raiha Azni Abd Rahman dan Pengarah Pendidikan Sabah, Maimunah Suhaibul.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan