Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

40 Kanak-Kanak Ikuti Program Khatan IPD Tawau

6:04pm 28/11/2015 Pak Roshan 40 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
katan-600x366

gambar hiasan

TAWAU : Empat puluh kanak-kanak menyertai majlis berkhatan beramai-ramai yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Tawau dekat sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Mustafa Kamal Mustafa berkata program itu memberi peluang kepada kalangan ibu bapa yang sibuk dengan urusan harian untuk meluangkan masa bagi merapatkan hubungan silaturahim di samping membolehkan golongan polis beramah mesra dengan masyarakat setempat.

“Ia juga bertujuan melatih kanak-kanak ini supaya lebih berkeyakinan di samping mempersiapkan diri menempuh alam remaja sebagaimana mengikut syariat Islam,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Kanak-kanak yang menyertai program khatan itu terdiri daripada anak anggota polis serta rumah anak yatim Ar Raudha.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan