Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

40 buah rumah setinggan terbakar

3:16pm 06/06/2016 Leolerry Lajius 18 views Tempatan

TAWAU: Sebanyak 40 buah rumah setinggan terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Lorong Haji Abdul Rahman, Batu 5, Jalan Apas, semalam.

Pihak bomba menggunakan operasi pemadaman keseluruhan menggunakan 2 aliran 800 kaki pancutan dari tangki jentera dan mendapat sumber air dari pili bomba berdekatan bagi memadam kebakaran yang berlaku di kawasan seluas 300×200 kaki berkenaan.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian ini pada jam 11.26 malam dan tiba di lokasi klejadian sejauh 10 kilometer itu pada jam 11.50 malam.

Operasi yang diketuai oleh PBKI Faisal Bin Ahmad bersama 26 anggota yang lain itu tamat pada jam 6.06 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan