Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,731

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

40 bangkai anak harimau ditemui dalam kuil

10:57am 02/06/2016 Pak Roshan 1223 views Global
BANGKAI anak harimau yang ditemui dalam peti sejuk di kuil berkenaan.

BANGKAI anak harimau yang ditemui dalam peti sejuk di kuil berkenaan.

Bangkok: Pihak berkuasa hidupan liar Thai menemui 40 bangkai anak harimau dalam peti sejuk di Kuil Harimau ketika mereka memindahkan haiwan itu yang masih hidup, semalam.

“Kuil ini mungkin ada muslihat kerana menyimpan bangkai berkenaan. Saya tidak dapat mengagaknya,” kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Taman Negara, Adisorn Nuchdamrong.

Menurutnya, bangkai anak harimau itu ditemui dalam peti sejuk beku di kawasan dapur kuil berkenaan.

Bahagian tubuh bangkai harimau banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Cina.

Kuil Buddha di Kanchanaburi, wilayah di barat Bangkok, adalah antara destinasi popular dalam kalangan pelancong.

Bagaimanapun, ia disiasat kerana disyaki mempunyai hubungan dengan penyeludupan serta penderaan hidupan liar.

Serbuan dilakukan Isnin lalu untuk membawa keluar harimau berkenaan.

Sehingga semalam, 52 harimau hidup sudah dibawa keluar sementara 85 lagi masih berada dalam kuil berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan