Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,772

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

40 anggota PDRM tamat latihan Rapid Team Siri 2/ 2016

3:14pm 07/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 111 views Kota Kinabalu,Tempatan
RASHID menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Rapid Team Siri 2/2016

RASHID menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Rapid Team Siri 2/2016

KOTA KINABALU- Seramai 40 anggota termasuk seorang Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berjaya menamatkan kursus latihan Rapid Team Siri 2/ 2016.

Para peserta program latihan yang berlansung selama 19 hari yang bermula 19 September dan berakhir pada hari ini (7 Oktober 2016) tersebut terdiri daripada anggota PDRM yang bertugas di pelbagai jabatan, cawangan dan bahagian.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata latihan tersebut bertujuan memastikan semua pegawai dan anggota PDRM sentiasa cergas dan bersiap sedia serta berkemampuan untuk ditugaskan dalam keadaan serba mencabar.

“Kebanyakkan para peserta program ini terdiri daripada para anggota PDRM yang bertugas di pejabat.

“Saya melihat mereka (peserta) tidak kurang hebatnya malah ada yang lebih hebat daripada anggota- anggota yang bertugas di lapangan.

“Ini merupakan satu transformasi baharu kepada kontinjen Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Latihan Rapid Team Kontinjen Sabah Siri 2/2016, dekat sini, hari ini.

Dalam masa sama, katanya, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik pertempuran sepanjang latihan berkenaan.

“Program yang dijalankan ini ternyata amat bersesuaian sekali kerana ia akan memberi latihan kemahiran berkaitan seperti Taktikal “Progression Scanning” dan Taktikal
“Room Scanning” dalam tugas pembersihan
kawasan telah berlaku jenayah,” katanya.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan