Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,760

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

40 anak yatim terima sumbangan raya

8:52am 26/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 91 views Tempatan
Duit raya....Samsudin menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim sambil diperhatikan oleh Hazulizah

Kenangan…Samsudin dan Hazulizah bergambar kenangan bersama anak-anak yatim.

KOTA KINABALU- Seramai 40 anak yatim dari Parlimen Batu Sapi menerima sumbangan raya daripada Puteri UMNO Batu Sapi dan juga Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya di Sandakan kelmarin.

Dalam majlis itu, Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, kepincangan institusi masyarakat boleh dielak jika semua pihak tidak kira individu, organisasi atau persatuan mempunyai kesedaran dan kesanggupan untuk memberi sokongan moral kepada golongan kurang bernasib baik.

Beliau berkata, perkara itu perlu difahami dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Walau semaju manapun sesebuah negara itu, amalan kemasyarakatan seperti tolong menolong dalam melakukan sesuatu perlu terus dipupuk demi mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera,” katanya.

Menurut Samsudin, pelaksanaan kerja-kerja sosial bukan merupakan satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, beliau lebih ramai tampil membantu menjayakan tanggungjawab sosial itu.

Jelasnya, mereka, khasnya yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik dan warga emas, anak yatim memerlukan bimbingan, panduan dan peluang untuk meneruskan hidup mereka di masa depan.

Menurutnya, dengan pemberian duit raya dan makanan berkenaan serba sedikit dapat membantu anak yatim dan fakir miskin membeli keperluan untuk berbuka dalam bulan Ramadan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Berbuka Puasa Ramadhan bersama 40 orang anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan anjuran Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi.

Turut hadir sama Ketua Puteri UMNO Batu Sapi, Hazulizah Mohd dani serta ahli jawatankuasa Puteri UMNO Batu Sapi.

Sementara itu Ketua Puteri UMNO Batu Sapi, Hazulizah ohd Dani berkata objektif utama majlis ini adalah untuk meringgankan bebanan golongan anak yatim untuk menyambut Aidilfitri yang akan tiba. Secara keseluruhan, majlis ini amat dihargai oleh penerima sumbangan dengan wajah yang ceria.

Dalam majlis itu turut diadakan penyerahan sumbangan boat love daripada orang ramai kepada Ketua Umno bahagian Batu Sapi untuk diserahkan oleh Pergerakan Puteri kepada Anak-anak Yatim Batu Sapi

Terdahulu, Samsudin turut merasmikan Program Amal Perpaduan KRT Gas Baru Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan di Kg Gas Baru Batu Sapi, Sandakan.-SayangSabah

anak 2b

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan