Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

40 Ahli K1M anjur lawatan, erat silaturrahim

Rombongan K1M Labuan bergambar​ kenangan​ bersama dengan​ ahli-ahli​ rombongan dalam majlis itu. - foto Jabatan Penerangan
Rombongan K1M Labuan bergambar​ kenangan​ bersama dengan​ ahli-ahli​ rombongan dalam majlis itu. – foto Jabatan Penerangan
SANDAKAN – Seramai 40 pengerusi dan ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) Wilayah Persekutuan Labuan mengadakan lawatan selama enam hari bermula pada 12 Mac lalu ke beberapa buah KIM di daerah Sandakan, termasuk KIM daerah Beluran dan Kinabatangan.

Rombongan tersebut yang diketuai oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rosman Isli dan ahli rombongan diraikan pada satu majlis makan malam oleh Jabatan Penerangan Sabah di salah sebuah hotel di Sandakan.

Antara lain objektif lawatan tersebut ialah mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli K1M disamping melihat sendiri aktiviti serta produk yang dihasilkan oleh ahli-ahli K1M di daerah Sandakan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan