Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4 Warga England alami detik cemas kerana bot rosak di tengah laut

3:02pm 31/12/2015 Leolerry Lajius 51 views Tempatan

2000px-Crest_of_Malaysian_Maritime_Enforcement_Agency.svg

LABUAN: Empat warga England, Chris Loyd dan isterinya Lisbeth serta dua anak perempuan mereka mengalami detik cemas apabila bot layar jenis CATAMARAN yang mereka naiki rosak di kedudukam 4.2 batu nautika dari Pulau Kuraman, Labuan.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata,  Bilik Operasi Maritim Labuan menerima aduan beserta laporan polis pada jam 1.45 pagi semalam daripada Rahim iaitu rakan kepada mangsa yang mengatakan mangsa ada menghubungi beliau dengan  memaklumkan bahawa bot yang mereka naiki mengalami kebocoran dan kerosakan engin dan sedang hanyut di perairan Labuan.

Bertindak atas laporan tersebut, pihak Maritim Labuan telah mengarahkan sebuah Kapal Maritim dan sebuah Bot Peronda untuk melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat dan maklumat turut  disalurkan kepada pihak Polis Marin Brunei.

Lebih kurang jam 10.00 pagi, kesemua mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh pihak Polis Marin Brunei di Pulau Pelong-Pelongan 2 batu nautika dari Tanjung Batu dan seterusnya ditunda oleh rakan mangsa ke Layar Kelab Serasa, Brunei.

“Pihak Maritim sentiasa mengambil berat akan isu keselamatan yang melibatkan bot-bot kecil yang melakukan aktiviti di laut dan saya mengharapkan kerjasama dari orang ramai supaya membuat persiapan sewajarnya sebelum keluar ke laut berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan di talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Daerah Maritim Labuan di talian 087-427999.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan