Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

(4 Video & 14 Gambar) Pesawat Terbesar Didunia , Antonov 225 Mendarat Di KLIA

12:19pm 14/05/2016 Pak Roshan 2349 views Mutakhir,Nasional

1

Peswat terbesar di dunia, Antonov 225 Mriya telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8 pagi tadi.

Pesawat difahamkan membawa muatan generator elektrik seberat 117 tan dan mendarat di KLIA untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir Perth, Australia.

Sebelum mendarat di KLIA, pesawat seberat 640 tan berkenaan yang dilengkapi enam enjin dan 42 tayar telah singgah di Republik Czech, India dan Turkmenistan terlebih dahulu.

Pesawat buatan Ukraine tersebut dilaporkan mampu terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.

Selain itu, panjang sayap pesawat tersebut juga adalah kira-kira 88 meter.

Orang ramai telah berkumpul ditepi lapangan terbang sejak awal pagi tadi untuk menyaksikan pesawat berkenaan mendarat. – Siakapkeli.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan