Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

4 termasuk suami isteri ditahan miliki dadah

Gari1

TAWAU: Polis menahan empat individu termasuk sepasang suami isteri kerana disyaki terbabit dalam penagihan dan pengedaran dadah dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini.

Dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Apas Parit, Batu 18 dekat sini, jam 10.50 malam kelmarin, sepasang suami isteri berusia 38 dan 32 tahun ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 5.1 gram.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil, berkata ketika serbuan suspek lelaki dikesan membuang sesuatu melalui tingkap dapur dan pemeriksaan lanjut menemui bekas mengandungi 20 paket plastik lutsinar berisi syabu.

“Ujian air kencing terhadap pasangan terbabit juga didapati positif Methamphetamine,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, polis menahan seorang lelaki warga Filipina di sebuah premis di Jalan Chong Thien Vun dekat sini, jam 7.40 malam pada hari sama kerana memiliki dua paket plastik lutsinar berisi syabu seberat 31 gram dianggarkan bernilai RM2,500.

Fadil berkata, dadah terbabit ditemui dalam satu kotak putih hasil pemeriksaan ke atas beg sandang dibawa suspek.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari Isnin lalu, polis menahan lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun bersama dadah jenis syabu seberat 52 gram dianggarkan bernilai RM4,500.

“Semua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan