Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4 Sebab Mengapa Mati Menjadi Booster Amalan Kita

4:16pm 02/08/2016 Zakir Sayang Sabah 25 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Dunia merupakan tempat persinggahan yang penuh dengan ujian dan godaan yang melalaikan jiwa.

Dunia juga nampak indah dengan perhiasannya yang mengaburi mata hati kita kecuali bagi mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah.

Dunia ini merupakan tempat untuk kita bercucuk tanam supaya hasilnya kita dapat nikmati di akhirat kelak. Usaha bercucuk tanam ini memang sangat penat dan melelahkan maka kita perlukan sangat kepada bekal untuk terus bersemangat.

Bilamana kelelahan itu mula menghinggapi jiwa kita terkadang kita mula rasa untuk berputus asa dan berhenti untuk bercucuk tanam. Sedangkan kita tidak sedar bahawa tidak semua tanaman kita itu akan berhasil dan kita juga kadang tidak sedar bahawa masa sangat mencemburui kita di dunia ini.

Semuanya ini terkait dengan iman dalam diri kita. Bila mana iman kita sedang bersemangat maka kita sanggup untuk berkerja bercucuk tanam sehingga ke lewat malam.

Tetapi bilamana saat iman kita jatuh merudum niat nak bercucuk tanam pun tak terlintas di hati.

Kita sebagai manusia sangat memerlukan kepada satu motivasi. Ya motivasi yang bisa menolakkan kita untuk terus beramal sehingga matahari terbit disebelah barat sana.

Motivasi yang kita perlukan untuk kita tetap bersemangat adalah dengan kita mengingati MATI!

Orang yang masih diberikan peluang untuk menghirup udara masih berpeluang untuk menggandakan amal kebaikkan sehinggalah ajal datang menjemputnya.

Sedangkan orang yang sudah sampai ajalnya tiada lagi ruang untuk dia menambah saham akhiratnya maka bersyukurlah dan jadikanlah dengan mengingati mati satu booster atau pendorong untuk kita sentiasa beramal dan beramal sehingga ke akhir hayat walau lelah itu sentiasa mengikuti di sepanjang perjalanan.

Kenapa Kita Perlu Mengingati Mati?

#1 Memaksimakan Amal Soleh Bilamana Iman Kita Sedang Lemah

Sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Secerdik-cerdik manusia adalah yang terbanyak ingatnya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu, mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa’ dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat.”

#2 Memanfaatkan Waktu Sebaiknya Untuk Kebaikan

Waktu yang digunakan adalah untuk hal-hal yang bermanfaat sahaja kerana kita perlu sedar bertapa berharganya setiap detik yang berlalu dalam kehidupan kita.

“Di antara kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat” (HR. Tirmidzi no. 2317, Ibnu Majah no. 3976. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

#3 Menjadikan Kematian Sebagai Penasihat Diri Sendiri

“Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.” (HR. Thabrani dan Baihaqi)

#4 Meleburkan Dosa

“Perbanyaklah mengingat kematian, sebab yang demikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan kezuhudan di dunia.” (HR Ibnu Abiddunya)

Kita sudah maklum betapa pentingnya untuk kita mengingati mati jadi bagaimana caranya pula untuk kita sentiasa mengingati mati?

1- Sebelum tidur ambil masa 10-15 minit untuk kita muhasabah diri kita. Adakah kita rasa puas dengan amal harian kita pada hari itu? Adakah kita rasa berbaloi untuk berehat dengan amalan kita pada hari itu?

2- Rajin-rajinkanlah diri untuk menziarahi orang sakit.

3- Kalau ada mendengar khabar kematian pergilah untuk membantu urusan jenazah tersebut. Yang paling terbaik jika kita dapat mandikan dan iringi jenazah tersebut sehingga ke tanah perkuburan.

Sekian itu sahaja semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan semangat dan inspirasi untuk terus bercucuk tanam sehingga ke akhir hayat.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan