Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

4 samurai mati

Dua penyerang yang maut ditembak.

 

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia menembak mati empat lelaki disyaki pengganas yang menyerang ibu pejabat polis di Pekanbaru, Riau, menggunakan pedang samurai menyebabkan seorang anggota terbunuh dan beberapa lagi cedera.

AFP melaporkan jurucakap polis negara, Setyo Wasisto berkata, kumpulan lelaki itu menaiki sebuah kereta memasuki pekarangan ibu pejabat polis, sebelum terus melaksanakan serangan sejurus keluar daripada kenderaan.

Katanya, dua anggota polis cedera manakala seorang lagi terbunuh selepas dirempuh penyerang yang cuba melarikan diri menaiki kenderaan.

“Penyerang yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap dan ditahan di balai polis Pekanbaru,” kata Setyo.

Katanya, dalam kejadian itu seorang wartawan yang berada di ibu pejabat itu turut cedera selepas dilanggar kenderaan terbabit.

Reuters memetik maklumat polis mengatakan seorang penyerang terbabit memakai alat disyaki letupan, namun Setyo enggan mengulas perkara itu.

Rakaman televisyen menunjukkan mayat seorang lelaki terbaring atas tanah di luar balai polis terbabit dengan pedang panjang di sebelahnya manakala kenderaan berperisai dapat dilihat berhampiran.

Jurucakap polis di Riau berkata pihaknya belum mengenal pasti identiti penyerang atau motif serangan itu.

Bagaimanapun, ia susulan gelombang penyerang nekad oleh militan dilancarkan keluarga yang mempunyai anak kecil yang menyasarkan gereja serta bangunan polis di Surabaya sejak beberapa hari lalu.

Keseluruhannya kira-kira 30 maut termasuk 13 penyerang akibat semua kejadian itu.

Polis mengesyaki serangan dilaksanakan kumpulan Jemaah Ansharut Daulah (JAD) yang menyokong Daesh. Daesh di agensi berita Amaq mengaku bertanggungjawab bagi semua serangan di Surabaya. – Agensi/HMetro

Dua penyerang yang maut ditembak.
Anggota polis cedera selepas dirempuh penyerang yang cuba melarikan diri menaiki kenderaan.

Seorang anggota polis terbunuh selepas dirempuh penyerang berkenaan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan