Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4 rumah terbakar di Taman Jumbo

6:20pm 12/06/2016 Pak Roshan 2261 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Empat rumah musnah terbakar dalam kejadian di Taman Jumbo, Putatan di Penampang. - Foto Mohd Adam Arinin

Empat rumah musnah terbakar dalam kejadian di Taman Jumbo, Putatan di Penampang. – Foto Mohd Adam Arinin

PENAMPANG: Empat rumah jenis kekal musnah terbakar dalam kejadian di Lorong Jumbo 4, Taman Jumbo, Putatan, di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 3.50 petang itu, tiada mangsa dilaporkan terbabit.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Khatizah Rahaban, berkata bomba menerima panggilan pada jam 3.52 petang dan tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.

“Operasi terkawal pada jam 4.27 petang dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang terbabit dalam operasi pemadaman diketuai Ketuanya, Mohd Akramin Sakirun manakala 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan