Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4 remaja ditahan curi beg pakaian di KKIA

7:22pm 18/06/2016 Pak Roshan 1182 views Jenayah,Mutakhir
Beg sandang milik seorang wanita yang dipercayai dicuri empat remaja lelaki di kawasan KKIA.

Beg sandang milik seorang wanita yang dipercayai dicuri empat remaja lelaki di kawasan KKIA.

KOTA KINABALU: Empat remaja lelaki ditahan kerana disyaki mencuri beg pakaian milik seorang wanita yang baru tiba dari Manila, di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.05 pagi itu, keempat-empat lelaki berusia antara 17 hingga 22 tahun itu ditahan dalam sebuah kenderaan di Tingkat 3, KKIA.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata polis melakukan tindakan sebaik menerima aduan daripada pengadu wanita berkenaan, kira-kira jam 4 pagi.

“Bertindak atas laporan, anggota polis balai KKIA dengan bantuan anggota Ops Ledak menemui sebuah kereta berada dalam keadaan mencurigakan di Tingkat 3, KKIA.

“Ketika dihampiri, empat lelaki dalam kenderaan itu cuba melarikan diri dan berlaku sedikit pergelutan ketika menahan mereka. Bagaimanapun, semua berjaya ditahan termasuk kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Chandra berkata, siasatan lanjut polis menemui beberapa pakaian, beg dan makanan yang berselerak dalam kenderaan yang dinaiki empat remaja berkenaan.

“Pengecaman awal pengadu ke atas barang yang ada dalam kenderaan seperti beg sandang, bahan kosmetik, makanan termasuk pakaian disahkan adalah miliknya,” katanya.

Katanya, dalam kejadian antara jam 2 pagi hingga 3.30 pagi itu, wanita berusia 41 tahun, berbangsa Tagalog itu dikatakan mahu berehat sebelum tertidur di kerusi di kawasan KKIA sementara menunggu penerbangannya ke Bintulu Sarawak pada jam 7.30 pagi, hari ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan