Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

4 Presiden Komponen BN Sabah Pertahan Kerusi

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman melancarkan Manifesto BN Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, malam ini. – Foto Edmund Samunting

 

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman daripada UMNO dan presiden parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, kecuali Tan Sri Joseph Kurup akan mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Kurup yang juga Presiden PBRS memberi laluan kepada anaknya Arthur Joseph Kurup untuk bertanding kerusi Parlimen Pensiangan yang disandangnya pada PRU13. 

Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pula hanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan melepaskan kerusi Parlimen Keningau yang akan ditandingi Naib Presiden PBS, Datuk Daniel Kinsik.

Musa yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Sabah akan mempertahankan kerusi DUN Sibuga. Presiden UPKO yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran manakala Presiden LDP yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang (DUN Tanjong Kapor).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak diberi kepercayaan bertanding di kerusi Parlimen Kota Belud menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang berpindah ke kerusi Parlimen Sepanggar.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis dan Kota Marudu.

Pengumuman nama-nama calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN berkenaan dibuat oleh Musa pada satu majlis di Bangunan UMNO Sabah di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun; Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching masing-masing akan mempertahankan kerusi Parlimen Papar, Beaufort, Silam dan Tawau.

Penyandang kerusi Parlimen yang diberi kepercayaan oleh BN untuk mempertahankan kerusi masing-masing ialah Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Dr. Marcus Mojigoh (Putatan), Datuk Dr. Ewon Ebin (Ranau), Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Mohd Zakaria Edris (Libaran) dan Datin Linda Tsen Thau Lin (Batu Sapi).

Turut mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU13 ialah Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan).

BN Sabah turut menampilkan muka-muka baharu untuk bertanding kerusi Parlimen iaitu Datuk Joseph Lee (Kota Kinabalu) dan Caesar Mandela Malakun (Penampang). Yamani Hafez Musa pula menggantikan penyandang kerusi Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang akan bertanding di kerusi DUN Sindumin. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan