Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

4 pemisah terbunuh

POLIS Thai memeriksa mayat seorang suspek yang ditembak mati.
POLIS Thai memeriksa mayat seorang suspek yang ditembak mati.

Narathiwat: Empat suspek pemisah dan seorang renjer mati dalam dua pertempuran di kawasan pergunungan di daerah Chanae, di sini, kelmarin.

Dua suspek itu, termasuk Lukman Latehbeuring dan Beuraheng Arwaema yang disyaki terbabit dalam satu serangan terhadap sebuah hospital Mac lalu.

Lukman juga dilapor dikehendaki kerana menembak mati seorang renjer di wilayah ini Julai tahun lalu.

Penyiasat berusaha untuk mengenal pasti dua suspek yang turut terbunuh dalam pertempuran itu sementara usaha menjejaki beberapa suspek yang berjaya melarikan diri diteruskan.

“Kami percaya beberapa suspek pemisah cedera dan mungkin cuba mendapatkan rawatan di beberapa kampung,” kata timbalan jurucakap tentera wilayah, Kolonel Yuttanam Petchmuang. – Agensi/HMEtro

Komen


Berita Berkaitan