Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,741

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4 parah kereta jatuh gaung

1:34am 11/07/2016 Pak Roshan 4570 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
ORANG ramai turut membantu mengangkat salah seorang mangsa selepas kereta yang dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Jalan Pintas Ranau-Kota Belud, petang tadi.

ORANG ramai turut membantu mengangkat salah seorang mangsa selepas kereta yang dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Jalan Pintas Ranau-Kota Belud, petang tadi.

KOTA BELUD: Tujuh orang termasuk empat mangsa parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Bypass Kota Belud-Ranau berhampiran Kampung Taginambur, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, semua mangsa termasuk lima kanak-kanak yang dipercayai berusia antara tiga tahun hingga 12 tahun telah dihantar ke Hospital Kota Belud.

Bagaimanapun identiti mangsa belum diketahui, setakat ini.

Difahamkan, semua mangsa yang menaiki kereta PROTON Iswara itu dipercayai terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 200 meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata semua mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba dan diserahkan kepada petugas ambulans Hospital Kota Belud.

“Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.18 petang dan tiba di lokasi pada jam 3.50 petang. Operasi terkawal pada jam 5.48 petang dan tamat sepenuhnya jam 6.35 petang,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Caption

Anggota bomba yang terbabit dalam operasi menyelamat salah seorang kanak-kanak selepas kereta yang dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Jalan Pintas Ranau-Kota Belud, petang tadi.

Orang ramai turut membantu mengangkat salah seorang mangsa selepas kereta yang dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Jalan Pintas Ranau-Kota Belud, petang tadi. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan