Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

4 militan Abu Sayyaf maut bertempur dengan MNLF

GAMBAR fail, anggota Abu Sayyaf.
GAMBAR fail, anggota Abu Sayyaf.

ZAMBOANGA: Empat anggota militan Abu Sayyaf terbunuh selepas bertempur dengan pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) awal pagi ini di Sulu, wilayah selatan Filipina.

Jurucakap tentera berkata, pertembungan berlaku di Pulau Jolo ketika rundingan berterusan antara Abu Sayyaf dan bekas kumpulan pemberontak itu supaya membebaskan tebusan.

Pasukan MNLF yang diketuai Nur Misuari itu dipuji kerana membebaskan 14 rakyat Indonesia, ditahan kumpulan itu awal tahun ini.

Jurucakap tentera Mindanao Barat, Major Felimon Tan dalam satu kenyataan berkata, penolong komander Abu Sayyaf, Alhabsy Misaya bertempur dengan pejuang MNLF di bandar Kalingalang Caluang di mana sebilangan tawanan ditempatkan.

Mayat empat militan terbabit dibawa ke perkampungan Punjungan untuk dituntut keluarga masing-masing.

Presiden Rodrigo Duterte dijangka bertemu Nur Misuari pada 12 Ogos ini ketika kunjungan keduanya ke wilayah Basilan sejak mengambil alih jawatan presiden, menurut satu laporan Jumaat lalu.

Kali terakhir Duterte mengunjungi kawasan itu ialah 21 Julai lalu bagi mendengar taklimat daripada tentera berhubung situasi pertempuran dengan Abu Sayyaf di kawasan itu. – Agensi/BH Online

Komen


Berita Berkaitan