Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,708

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4 maut di taman tema Gold Coast

10:14am 26/10/2016 Pak Roshan 569 views Global
goldcoast

Rakit Thunder River Rapids di Taman Tema Dreamworld, Queensland, Australia.

Rakit Thunder River Rapids di Taman Tema Dreamworld, Queensland, Australia.

Sydney: Empat, termasuk dua wanita terbunuh selepas berlaku kerosakan pada rakit dinaiki mereka di taman tema popular di Gold Coast, Dreamworld, hari ini.

Rakit berkenaan, Thunder River Rapids, ialah rakit berpusing yang bergerak laju dalam sungai buatan manusia di taman tema itu. Kerosakan menyebabkan dua mangsa tercampak keluar manakala dua lagi terperangkap dalam rakit.

Menurut Gavin Fuller dari Perkhidmatan Ambulans Queensland, pekerja taman tema itu memberi rawatan kecemasan kepada mangsa yang berusia 30-an dan 40-an namun mereka gagal diselamatkan.

CEO Dreamworld, Craig Davidson, berkata pihaknya bekerjasama dengan polis bagi menentukan punca kejadian dan taman tema itu kini ditutup sepenuhnya. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan