Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

4 keluarga kerugian rumah musnah dijilat api

Beginilah keadaan api yang meranapkan rumah empat keluarga di Kampung Sumambu. - foto Kalawon Sawing
Beginilah keadaan api yang meranapkan rumah empat keluarga di
Kampung Sumambu. – foto Kalawon Sawing

 

KEMABONG – Empat keluarga di Kampung Sumambu, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dijilat api dalam satu kebakaraan yang berlaku kira-kira pukul 3 petang Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba Tenom, Hairin Saipin mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya sudah menerima laporan mengenai kebakaran itu daripada kesemua mangsa di balai bomba daerah.

“Kesemua mangsa baharu sahaja membuat laporan. Lokasi kejadian agak jauh tambahan pun jentera bomba tidak boleh melalui jalan di situ dan penduduk tidak mempunyai sebarang rangkaian telekomunikasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa tidak berada di rumah mereka kerana menjalankan aktiviti di kebun masing-masing

Katanya, selain empat buah rumah papan yang ranap sama sekali, semua barang berharga seperti tajau lama, gong, barang kemas tradisi dan barang kemas moden seperti emas termasuk wang tunai musnah dalam kebakaran itu, namun dokumen penting seperti kad pengenalan dan surat beranak dibawa oleh penghuni rumah masing-masing.

Walau bagaimanapun katanya, mangsa yang terlibat telah membuat laporan kepada pihak bomba, polis, Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat wakil rakyat di kawasan ini.

Pada masa ini katanya, keluarga mangsa yang kehilangan tempat tinggal itu menumpang rumah saudara mereka di Kemabong. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan