Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

4 Kedai Runcit Musnah Dalam Kebakaran Awal Pagi

Anggota bomba melakukan kerja memadam api kebakaran.

SEMPORNA – Empat unit kedai runcit di Kampung Simunul di sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.49 pagi.

“Sebaik menerima panggilan, satu pasukan bomba terdiri daripada dua jenteradan lapan anggota dikejarkan ke lokasi,” kata kenyataan itu.

Sebaik pasukan bomba dan penyelamat tiba pada pukul 3.54 pagi, api telah marak namun dapat dikawal daripada merebak ke kawasan lain pada pukul 4.11 pagi dan padam sepenuhnya pukul 6.24 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan