Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4 hilang di perairan Kudat ditemui selamat

7:16pm 12/05/2016 Pak Roshan 5347 views Isu Semasa,Mutakhir
ANAK-ANAK kapal maritim Malaysia, KM Memmon ketika melakukan pengawasan dan tinjauan di sektor carian lokasi bot yang dinaiki empat individu yang dilaporkan hilang, Ahad lalu. - Foto BERNAMA

ANAK-ANAK kapal maritim Malaysia, KM Memmon ketika melakukan pengawasan dan tinjauan di sektor carian lokasi bot yang dinaiki empat individu yang dilaporkan hilang, Ahad lalu. – Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Empat termasuk tiga pelancong yang hilang di perairan Kudat pada 3 Mei lalu, ditemui selamat oleh nelayan Vietnam.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi.

Beliau akan mengadakan sidang media berhubung perkembangan terbaru itu di pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini jam 5 petang ini.

Empat yang hilang ialah Lam Wai Yin Tommy, 45, warga China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau; suami-isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun; dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23.

Sebelum ini, mereka dilaporkan pergi Kampung Kok Simpul, Pulau Balambangan pada pagi 3 Mei lalu dan bertolak pulang ke Tanjung Simpang Mengayau menaiki bot jam 5 petang.

Bagaimanapun, sehingga jam 10 pagi pada 4 Mei lalu, gagal dihubungi menyebabkan pemilik bot membuat laporan polis, disusuli operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pada hari sama.- BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan