Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4 Disyaki Pati Diberkas Di Perairan Labuan

6:54pm 24/02/2016 Pak Roshan 61 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan,WP. Labuan
apmm kudat

gambar hiasan

LABUAN – Empat disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI)yang cuba melarikan diri dengan terjun ke laut berjaya diberkas pasukan penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Ketua Penguatkuasaan APMM Labuan Kepten Maritim Che Adnan Mad Isa berkata anggota APMM mengejar bot yang dinaiki suspek hampir 10 minit di pusat tumpuan pelancong di sini, Kampung Air Patau-Patau pada pukul 5 petang dengan disaksikan sekumpulan penduduk kampung.

“Kami bertindak atas maklumat bahawa sebuah bot nelayan digunakan untuk membawa pendatang asing tanpa izin dan kami dengan segera menghantar anggota pasukan penguatkuasaan untuk melakukan pemeriksaan dan menjumpai sebuah bot dengan empat lelaki dan kesemua mereka terjun ke laut untuk mengelak daripada ditangkap,” katanya kepada Bernama Rabu.

Beliau berkata kesemua suspek didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang diperlukan dan pemilik bot disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 kerana menyalahgunakan lesen.

Che Adnan mengingatkan penduduk kampung atau pemilik bot supaya menjauhi kegiatan salah itu atau berhadapan dengan tindakan tegas pihak berkuasa. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan