Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,815

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4 disyaki militan terbunuh

11:41am 03/01/2016 Pak Roshan 1 views Global
ANGGOTA kumpulan Hindu Sena membakar patung Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif ketika memprotes serangan di Pathankot.

ANGGOTA kumpulan Hindu Sena membakar patung Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif ketika memprotes serangan di Pathankot.

Pathankot (India): Tentera India semalam membunuh empat disyaki militan yang menceroboh masuk pangkalan tentera udara berhampiran sempadan dengan Pakistan sebelum melepaskan tembakan terhadap anggota keselamatan, semalam.

Sekurang-kurangnya dua tentera India turut terbunuh dalam serangan yang dipercayai bagi menggagalkan usaha membaik pulih hubungan negara itu dengan Pakistan.

Serangan di pangkalan udara Pathankot itu bermula sebelum Subuh dan berakhir menjelang tengah hari, selepas semua penyerang terbabit ditembak mati. Bagaimanapun, tembak-menembak kedengaran lagi di situ dua jam kemudian.

Helikopter dilihat melepaskan tembakan di dalam pangkalan udara itu sekitar waktu tengah hari.

Sekurang-kurangnya empat lelaki bersenjata memasuki kawasan kuarters penginapan pangkalan itu awal pagi semalam (waktu tempatan), tetapi gagal menembusi lokasi di mana helikopter pejuang dan peralatan tentera lain disimpan, kata jurucakap tentera udara Rochelle D’Silva.

Agensi berita Press Trust of India memetik sumber polis berkata, empat penyerang itu dibunuh selepas beberapa jam berbalas tembakan sebelum polis memulakan operasi untuk memastikan tiada penyerang lain.

Ramai di India melihat serangan itu sebagai cubaan menggagalkan usaha membaiki hubungan dengan Pakistan. Kejadian berlaku seminggu selepas Perdana Menteri India Narendra Modi membuat lawatan mengejut ke Islamabad bagi menemui rakan sejawatannya Nawaz Sharif, yang dilihat mampu menjernihkan hubungan antara kedua-dua negara.

Sementara itu, kementerian luar Pakistan mengutuk serangan berkenaan.

“Kami tetap komited untuk berganding bahu dengan India serta negara lain untuk menghapuskan ancaman keganasan di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.- AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan