Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4 Bersama Syabu Antara 18 Ditahan Di Semporna

8:09pm 11/07/2016 Pak Roshan 673 views Jenayah,Mutakhir

syabu-sandakan-600x367

SEMPORNA – Empat lelaki bersama dadah jenis syabu adalah antara 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di perairan Semporna oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna semalam.

Timbalan Komander PPM Wilayah Sabah, Supt Rosman Ismail berkata dalam Operasi Paradise di sekitar Pulau Matakim/Bohayan dekat sini kira-kira pukul 11.40 pagi semalam, sebuah bot laju dengan seorang juragan PATI lelaki berumur 46 tahun dan tiga lelaki PATI lain, ditahan.

“Turut ditemui ialah empat paket plastik lutsinar bersaiz besar mengandungi ketulan hablur jernih dipercayai syabu dalam plastik hitam yang disembunyikan di ruang belakang tempat duduk pemandu bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rosman, dadah seberat 200.8 gram itu dianggarkan bernilai RM16,000.

Beliau juga berkata anggota PPM turut menahan sebuah bot laju lain di kawasan sama bersama juragan lelaki tempatan berumur 66 tahun dan seorang penumpang lelaki berusia 49 tahun, yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Di perairan Nusa Kuya dekat sini pula, Rosman berkata bot peronda PPM menahan sebuah bot laju bersama juragan lelaki warga Filipina berumur 47 tahun.

Menurutnya, bot laju itu membawa 12 penumpang terdiri daripada empat lelaki berumur antara 12 dan 45 tahun, tiga wanita berusia dalam lingkungan 15 hingga 36 tahun, tiga kanak-kanak lelaki masing-masing berumur enam tahun serta dua kanak-kanak perempuan berumur 1 dan 8 tahun.

“Kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,”katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan