Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

4 anggota keselamatan maut dalam serangan bom dekat Masjid Nabawi

9:34am 05/07/2016 Pak Roshan 178 views Global
SERANGAN pengebom nekad dekat Masjid Nabawi di Madinah malam tadi membunuh empat anggota keselamatan dan serangan serupa di sebuah masjid Syiah dan Konsulat Amerika Syarikat. - Foto Reuters

SERANGAN pengebom nekad dekat Masjid Nabawi di Madinah malam tadi membunuh empat anggota keselamatan dan serangan serupa di sebuah masjid Syiah dan Konsulat Amerika Syarikat. – Foto Reuters

DUBAI: Serangan pengebom nekad dekat Masjid Nabawi di Madinah malam tadi membunuh empat anggota keselamatan dan serangan serupa di sebuah masjid Syiah dan Konsulat Amerika Syarikat di dua lagi bandaraya Arab Saudi semalam meningkatkan kebimbangan ia usaha terancang bagi menggugat kestabilan negara itu.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, lima lagi cedera dalam serangan di luar Masjid Nabawi itu apabila seorang pengebom nekad meletupkan bom tali pinggang dipakainya di satu kawasan meletak kereta selepas dikesan anggota keselamatan.

Beberapa kereta terbakar dan asap hitam tebal dilihat berkepul ke udara dari lokasi letupan ketika ribuan orang ramai memenuhi kawasan di sekeliling masjid berkenaan.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

Warga Sudan, Altayeb Osama, 25, berkata beliau mendengar dentuman kuat ketika menuju ke Masjid Nabawi untuk solat Maghrib.

Katanya, polis dan bomba tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.

“Amat mengejutkan bahawa perkara ini berlaku di tempat suci umat Islam, tempat kedua paling suci di dunia. Ia bukan perlakuan yang mewakili Islam,” kata Altayeb. “Orang tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku di sini.”

Qari Ziyaad Patel, 36, dari Johannesburg, Afrika Selatan, berada di Masjid Nabawi apabila mendengar letupan ketika orang ramai sedang berbuka puasa.

Katanya, ramai yang pada mulanya menyangka ia bunyi tembakan meriam tradisional bagi menandakan masuk waktu berbuka tetapi kemudian berasa lantai bergegar.

“Gegaran itu amat kuat,” katanya. “Ia kedengaran seperti bangunan merekah.”

Saluran televisyen kerajaan, al-Ekhbariya menyiarkan lintas langsung Masjid Nabawi dipenuhi jemaah yang bersolat beberapa jam selepas letupan itu.

Ia turut menyiarkan rakaman putera Raja Arab Saudi dan Gabenor Madinah, Putera Faisal bin Salman, melawat anggota keselamatan yang cedera dalam serangan itu serta tapak letupan.

Semalam juga sekurang-kurangnya seorang pengebom nekad meletupkan bom kereta dekat masjid Syiah di timur Arab Saudi, beberapa jam selepas seorang lagi pengebom nekad melancarkan serangan dekat Konsulat Amerika Syarikat di Jeddah. – AP/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan