Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

4.65 juta visa umrah dikeluarkan

MAKKAH
MAKKAH

Jeddah: Pihak berkuasa Saudi mengeluarkan 4.65 juta visa umrah sehingga akhir bulan kelima musim ibadah itu yang bermula 13 November lalu.

Akhbar Al-Eqtisadiah memetik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Haji dan Umrah Saudi, Abdullah Al-Qadi sebagai berkata, daripada jumlah itu, 4.1 juta jemaah sudah menunaikan atau masih melakukan ibadah berkenaan.

Menurutnya, sepanjang bulan lalu, jumlah jemaah dari beberapa negara bertambah, meningkatkan bilangan jemaah kira-kira dua peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Abdullah berkata, peningkatan itu hasil pemasaran dan kerjasama baik antara Kementerian Haji dan syarikat umrah.

Dia menjangka jumlah jemaah akan meningkat pada baki tiga bulan musim ibadah itu.

Abdullah juga memaklumkan, Mesir mendahului dari segi bilangan jemaah, diikuti Pakistan dan Indonesia.

Sementara itu, pakar mengenai umrah berkata, terdapat penurunan ketara dalam bilangan jemaah dari beberapa negara, khususnya Turki.

Dalam pada itu, Kementerian Haji dilaporkan bercadang mengehadkan jumlah jemaah umrah kepada 500,000 pada satu-satu masa.

Ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan syarikat pengendali umrah kerana langkah itu akan menjejaskan pendapatan mereka. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan