Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

4.25 kg plastik dalam perut ikan lumba-lumba

Sepasukan pakar marin BRMI UMS sedang melakukan bedah siasat ke atas ikan lumba-lumba berkenaan- foto JHLS
Sepasukan pakar marin BRMI UMS sedang melakukan bedah siasat ke atas ikan lumba-lumba berkenaan- foto JHLS

KOTA KINABALU – Siapa menyangka, kira-kira 4.25 kilogram (kg) bahan plastik pelbagai jenis ditemui dalam perut ikan lumba-lumba sehingga menyebabkan kematian spesies mamalia tersebut yang ditemui terperangkap di kawasan cetek di Pantai Teluk Likas, di sini pada 19 Mac lalu oleh penduduk Kampung Likas, di sini.

Bedah siasat yang dijalankan bersama oleh pasukan Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dan bahagian marin Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapati bahan tersebut adalah sampah domestik yang `disangka’ makanan oleh haiwan berkenaan.

Timbalan Pengarah JHLS, Dr. Sen Nathan berkata, agak malang apabila ikan lumba-lumba itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan selama tujuh hari sejak di tempatkan di pusat jagaan Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) UMS.

Sebahagian plastil yang ditemui dalam perut ikan lumba-lumba. - foto UMS
Sebahagian plastil yang ditemui dalam perut ikan lumba-lumba. – foto UMS

“Walau bagaimanapun, kesihatan Risso Dolphin ini mula memperlihatkan kemerosotan, muntah dan kemudian mati pada 25 Mac lalu meskipun keadaannya mula stabil,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini,

Sen menambah, plastik berkenaan menghalang proses pencernaan makanan dan mengakibatkan ikan lumba-lumba itu mengalami kekurangan zat makanan yang teruk serta mengganggu sistem pernafasannya.

“Ikan lumba-lumba ini memakan jenis sotong (squid) dan boleh jadi disebabkan itu ia menelan plastik-plastik itu. Haiwan ini keliru di antara plastik dan sotong disebabkan persamaan teksturnya. Laporan sama mengatakan hal ini merupakan punca utama kematian kebanyakan ikan paus dan ikan lumba-lumba,” ujarnya.

Antara plastik yang ditemui dalam perut ikan lumba-lumba. - foto UMS
Antara plastik yang ditemui dalam perut ikan lumba-lumba. – foto UMS

Begitupun katanya, sampah plastik yang didapati dalam perut ikan lumba-lumba itu tidak dapat disahkan sama ada datangnya dari Sabah kerana aktiviti pembuangan sampah sarap ke dalam laut merupakan masalah global ketika ini.

Dalam pada itu,beliau turut mengesahkan bahawa pihak UMS akan menyimpan rangka tulang ikan lumba-lumba tersebut untuk tujuan kajian dan penyelidikan. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan