Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

37 etnik di Sabah hidup makmur

Sapawi (tengah) menyampaikan penghargaan kepada salah seorang bekas kakitangan Mahkamah Anak Negeri Sipitang.
Sapawi (tengah) menyampaikan penghargaan kepada salah seorang bekas kakitangan Mahkamah Anak Negeri Sipitang.

SIPITANG – Persefahaman dan perpaduan yang erat terjalin membolehkan kebudayaan rakyat daripada pelbagai suku kaum terus berkembang.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, kebudayaan suku kaum itu juga yang menjadi penyumbang kepada rakyat untuk terus memperkukuhkan persefahaman dan perpaduan yang terjalin.

“Persefahaman dan perpaduan ini sudah lama terbina kukuh dan berkembang daripada satu generasi kepada generasi seterusnya dan kita sebagai generasi ketika ini perlu memastikan ia berkembang tanpa tersekat atau terhalang,” katanya semasa berucap merasmikan program Membara Baktimu Dikenang Mahkamah Anak Negeri, di sini semalam.

Beliau berkata, Sabah mempunyai 37 suku kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza, namun ia tidak memperlihatkan perpecahan dalam kalangan rakyat negeri ini sebaliknya ia berjaya menonjolkan persefahaman dan perpaduan erat.

“Rakyat negara ini amat mengutamakan persefahaman dan perpaduan kerana kita tahu keutamaan itu membolehkan kita menikmati kesejahteraan dan juga keharmonian,” ujarnya.

Sapawi memberitahu kebijaksanaan barisan kepimpinan turut mendorong rakyat untuk terus mengutamakan persefahaman dan perpaduan tersebut.

Kepimpinan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak meminggirkan kebudayaan yang dimiliki oleh setiap kaum, malah kerajaan telah berusaha memastikan kebudayaan tersebut terus berkembang dan sentiasa dihormati.

Sapawi memberitahu, usaha kerajaan dalam memastikan kebudayaan dan adat resam suku kaum negeri ini terus terpelihara adalah dengan penubuhan jabatan dan agensi yang berkaitan dengan suku kaum.

Katanya, jabatan dan agensi itu diharapkan agar terus dapat memastikan kebudayaan termasuklah adat suku kaum negeri ini akan terus berkembang dan dihormati.

“Apa yang kita miliki ketika ini tidak berlaku di beberapa buah negeri dan inilah yang menjadikan Sabah sebagai salah sebuah negeri ini yang unik,” jelasnya lagi. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan