Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

367 penduduk, 39 pasangan kembar

SEBAHAGIAN pasangan kembar yang dilahirkan di kampung Qingyuan.
SEBAHAGIAN pasangan kembar yang dilahirkan di kampung Qingyuan.

Beijing: Sebuah kampung terpencil di wilayah pergunungan Chongqing mungkin nampak seperti sebuah penempatan biasa di China.

Bagaimanapun, kampung Qingyuan mula terkenal selepas portal People’s Daily Online mendedahkan penempatan itu mempunyai bilangan pasangan kembar yang ramai.

Menurut laporan itu, Qingyuan hanya mempunyai kira-kira 367 isi rumah tetapi mempunyai 39 pasangan kembar.

Qingyuan juga dikenali sebagai ‘kampung kembar’ dan sebuah sekolah rendah di sana mempunyai sekurangnya satu pasangan kembar dalam setiap kelas.

Pasangan kembar paling tua berusia 89 tahun dan yang paling muda berusia satu tahun. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan