Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

360 Boulevard Bundusan mercu tanda terbaru Penampang

Ilustrasi artis menggambarkan bahagian hadapan Blok A bangunan 360 Boulevard Bundusan yang akan dibina kelak di Bundusan, Penampang. Gambar SNT/Ehsan Homesign Network Sdn Bhd

PENAMPANG: Projek pembangunan campuran bersepadu pertama di Sabah – 360 Boulevard Bundusan – dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.5 billion bakal menjadi mercu tanda baru daerah ini.

Pengarah Jualan dan Komunikasi Borneo Kemuncak Riang berkata Clement Tsen berkata, 360 Boulevard Bundusan akan berdiri teguh dengan keluasan kira-kira 280,000 meter persegi ruang komersialnya.

“Ia terdiri daripada 50,000 meter persegi lot membeli belah, lapan dewan panggung wayang, pusat edutainment dengan ruang kerja, hotel dan dua blok menara pejabat dan 750 unit suite.

“Kami bukan seperti pusat membeli-belah lain, tetapi kami mahu mewujudkan tempat di mana kita boleh membawa orang dari pelbagai latar belakang untuk merasakan sesuatu yang berbeza di sini.

“Pusat edutainment 360 Boulevard Bundusan yang berkeluasan 2,500 meter persegi juga ruangan yang menarik pengunjung, ruang kerja dan pusat kesihatan dengan kemudahan seperti kolam renang, gim dan lain-lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah 360 Boulevard Bundusan di sini hari ini.

Katanya, majlis pecah tanah projek Homesign Network dan Borneo Kemuncak Riang Sdn. Bhd berkenaan telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Kenny Chua. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan