Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

360 Anggota Polis Kena Tindakan Tatatertib Sejak 2010 Hingga Feb 2014

11:23am 04/06/2014 Pak Roshan 115 views Kota Kinabalu

gendong

 

KOTA KINABALU: Seramai 360 pegawai dan anggota polis di Sabah dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang kerja kerana melakukan pelbagai kesalahan sejak 2010 hingga Feb 2014, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Daripada jumlah itu, seramai 53 orang adalah pegawai dan bakinya anggota lain-lain pangkat.

Mereka adalah 1.1 peratus daripada keseluruhan anggota polis di Sabah selain 0.1 peratus lagi pegawai dan anggota turut dikesan terlibat dengan rasuah.

“Tindakan tatatertib ini dikenakan berdasarkan Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Tolak Rasuah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, Selasa.

Menurutnya jumlah wang rasuah yang dilaporkan melibatkan anggota polis pada 2012 ialah RM6,600, 2013 (RM7,500) dan sehingga Feb 2014 (RM1,500).

Sementara itu, Hamza berkata seorang pegawai polis dan tiga anggota polis lain-lain pangkat dari Sabah telah diberi anugerah kerana menolak tawaran rasuah.

Mengenai Kempen Tolak Rasuah peringkat Sabah, yang antara lain bertujuan meningkatkan integriti pasukan polis, beliau berkata Sabah merupakan negeri kelima menganjurkan kempen itu sejak ia dilancarkan di peringkat kebangsaan pada 1 April lepas.

Kempen enam bulan yang akan berakhir pada 1 Sept itu akan dilancarkan di Tawau untuk kawasan pantai timur Sabah dalam masa terdekat.

Terdahulu, dalam ucapannya Hamza berkata kempen itu merupakan program berterusan PDRM dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan anggota polis mengenai keburukan gejala rasuah dan kesannya, selain meningkatkan integriti PDRM dalam kalangan masyarakat.

Beliau meminta anggota PDRM supaya menjauhkan diri daripada perkara negatif termasuk rasuah kerana kejayaan sesuatu kempen dan program seperti kempen menolak rasuah juga bergantung kepada faktor manusia yang melaksanakan mesej kempen.

Hamza turut meningatkan ketua-ketua jabatan supaya mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang mereka melanggar peraturan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan