Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

36 penabur dalam kepala

PISTOL penabur buatan sendiri yang digunakan Zhang untuk memburu burung.
PISTOL penabur buatan sendiri yang digunakan Zhang untuk memburu burung.

Beijing: Seorang wanita tertembak dirinya di kepala 36 kali dengan pistol penabur buatan sendiri milik suaminya.

Suaminya, Zhang Tung, mereka sendiri senjata berkenaan untuk memburu burung.

Selepas kembali memburu, dia menyiang burung berkenaan di dapur dengan meninggalkan pistol yang masih berisi penabur itu dilantai di sebalik pintu dapur di rumah mereka di Chengdu di wilayah Sichuan, barat daya China.

Isterinya yang cuba mengalihkan pistol itu tertekan pemicu pistol itu, menyebabkan 36 bebola keluli dalam senjata berkenaan menembusi kepalanya.

Zhang yang cemas menelefon ambulans dan isterinya dibawa ke hospital.

Doktor mengeluarkan 35 butir penabur itu dalam satu pembedahan, kecuali sebutir yang terlalu sukar dikeluarkan.

Keadaan isteri Zhang dikatakan masih kritikal.

Kecederaan yang dialami wanita itu boleh dilihat dalam filem x-ray yang menunjukkan penabur itu di dalam kepalanya.

Zhang mungkin didakwa kerana membuat senjata api secara haram. – Agensi/HMetro

DOKTOR berjaya membuang 35 bebola keluli daripada kepala isteri Zhang.
DOKTOR berjaya membuang 35 bebola keluli daripada kepala isteri Zhang.

Komen


Berita Berkaitan