Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

36 Klinik 1Malaysia Kini Beropersai di Sabah

klinik 1malaysia

KOTA KINABALU : Sebanyak 36 Klinik 1Malaysia sudah beroperasi sepenuhnya di Sabah sehingga Disember tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 10 klinik terletak di beberapa kawasan di bandar raya Kota Kinabalu termasuk di Sulaman Sentral, Kepayan dan Telipok.

Katanya, setiap klinik berkenaan dikendalikan seorang pegawai perubatan, seorang jururawat terlatih dan pembantu perawatan kesihatan.

“Klinik 1Malaysia diwujudkan bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan ringan kepada masyarakat bandar dan pinggir bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,” katanya ketika berucap pada perasmian Klinik 1Malaysia di Polytechnic Commercial Centre (PCC), Sepanggar di sini hari ini.

Jainab yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Karambunai menyambut baik komitmen Jabatan Kesihatan Negeri dalam melakukan penambahanbaikan dengan kemudahan perkhidmatan kesihatan ibu anak di Klinik 1Malaysia.

Sementara itu, Jainab berkata Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan sukarelawan digalak mengadakan aktiviti gotong-royong membersih kawasan kediaman masing-masing bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

Katanya, ahli akademik yang mempunyai maklumat mengenai nyamuk Aedes juga perlu berkongsi pengetahuan mereka untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya denggi.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan