Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

36 keluarga mangsa ribut di Tenom terima bantuan

Foto 01 Radin menyerahkan bantuan wang ehsan bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah kepada Ansauk Kasal, Kg Paguokon Laut Tenom, 22 Julai 2015, jam 9.00 pagi
Radin menyerahkan bantuan wang ehsan bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah kepada Ansauk Kasal, Kg Paguokon Laut Tenom, 22 Julai 2015, jam 9.00 pagi

TENOM – Sejumlah 36 keluarga yang mengalami kerosakan rumah dan kerugian harta benda akibat ribut yang melanda Tenom pada 10 Julai lepas telah menerima bantuan masing-masing seperti zink, kayu serta wang ehsan bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah.

Semua bantuan kerajaan itu diberikan kepada mereka yang telah melaporkan anggaran jumlah kerugian harta benda masing-masing akibat dilanda ribut itu kepada pejabat daerah Tenom.

Mereka yang ingin mendapatkan bantuan berkenaan harus menghantar laporan kepada pejabat daerah Tenom bagi memudahkan jabatan-jabatan kerajaan terbabit untuk memberikan bantuan kepada mereka.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan kerja dan menyerahkan bantuan wang ehsan yang berjumlah di antara RM300 sehingga RM2000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah kepada para mangsa ribut bertempat di rumah mereka pada hari rabu lepas.

 Radin menyerahkan bantuan wang ehsan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Jude R Salomon di Taman Perumahan Kallang Tenom, 22 Julai 2015, jam 11.15 pagi sambil disaksikan oleh Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan (tiga kiri)
Radin menyerahkan bantuan wang ehsan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Jude R Salomon di Taman Perumahan Kallang Tenom, 22 Julai 2015, jam 11.15 pagi sambil disaksikan oleh Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan (tiga kiri)

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan Melalap, Simon Mamat, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Tenom, Kibeh Ambun, Datin Angeline Tom, Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Rosnah Ullap serta para pegawai Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan Melalap.

Radin yang juga Adun Melalap berkata para penerima bantuan berkenaan adalah dari kampung Paguokon Laut, Lagud, Mantailang, Langsat, Ponontomon, Pulong, Napingging, Mansalima, Kallang, Makakagas, Skim LIGS Batu Tiningkang, Gunting, Tenom Lama, Mandalom Baru, Taman Perumahan Kallang, Ulloi dan Bunut.- SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan